fbpx

Anak Jamal, Zaki, Yamani juara Famili Duo, raih RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan adik-beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah muncul sebagai juara Famili Duo pada pertandingan akhir yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, malam tadi.

SHAH ALAM – Pasangan adik-beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah muncul sebagai juara Famili Duo pada pertandingan akhir yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, malam tadi.

Kemenangan tersebut melayakkan anak-anak Raja Pop Jamal Abdillah itu membawa pulang ganjaran lumayan berupa wang tunai berjumlah RM100,000.

Zaki dan abangnya menyampaikan medley Potret dan Pelukan Angkasa untuk segmen pertama, disusuli medley lagu Hutang, Bunga dan Kau Pun Sama bagi segmen kedua.

Pasangan The Jebats iaitu Ayda dan Fyna Jebat yang selama ini diramal juara akur di tempat kedua dan pulang membawa hadiah RM25,000, manakala Wani Kayrie dan Bella Astillah (sepupu) berada di tangga ketiga dengan hadiah bernilai RM15,000.

Pasangan duo sepupu, Sissy Imann dan Naim Daniel tidak berputih mata apabila tetap layak di tempat keempat dengan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Terdahulu, tujuh pasangan dipilih untuk bertanding dalam program realiti kekeluargaan selama lapan minggu tersebut, namun tiga daripada duo terbabit tersingkir pada peringkat separuh akhir.

Berkonsepkan kalah mati bersaing hingga minggu ketujuh, peserta yang terpaksa akur meninggalkan pentas ialah Ara Johari dan sepupunya, Shaffiq Erwin, Sabhi Saddi dan Fareed PF K-Clique (adik-beradik) serta Siti Sairah dan Siti Saida (adik-beradik).

Persaingan Famili Duo musim yang bermula pada 18 Disember tahun lalu menyaksikan Mas Idayu dan Ajai sebagai juri tetap, manakala Janna Nick bersama Sean Lee bertindak selaku hos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI