fbpx

Famili Duo: Ramai lebih teruja tunggu Khai Bahar, Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persembahan Khai dan Nabila menjadi tumpuan pada malam ini.

PETALING JAYA – Program televisyen berupa hiburan Family Duo yang memasuki peringkat akhir malam ini nampaknya masih tidak mendapat perhatian ramai.

Walaupun pernah ‘bising’ berkenaan komen pedas salah seorang juri yang juga penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu beberapa minggu lalu, tetapi penonton tempatan masih tiada keterujaan.

Tinjauan di media sosial terutamanya di Twitter menyaksikan orang ramai lebih teruja kepada menunggu pasangan penyanyi, Khar Bahar dan Nabila Razali.

Pasangan penyanyi tersebut yang menjadi tetamu jemputan pada pusingan akhir itu bakal menyanyikan lagu duet pertama mereka berjudul Selagi Ku Ada.

“Aku lebih pada nak tunggu Khai Bahar dengan Nabila je malam ni,” ciap Naim.

“Tak kira siapa juri siapa peserta, lambat lagi ke persembahan Khai-Nabila?” soal FazuraYusuf.

“Bukan nak kata apa, nampaknya rancangan ini nampak sendu daripada rancangan lain. Lepas tu ada pula rancangan lain dekat stesen lain,” ciap UdaShahizan.

“Apa pun respek dekat Naim Daniel yang memberi sokongan dan maruah kepada ‘team’ dan pasangannya,” jelas AmiraSyafiqah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI