fbpx

Pemuda berjaya lengkapkan koleksi RXZ keluaran 2003-2011

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koleksi Yamaha RXZ Catalyzer dari 2003 hingga 2011.

PETALING JAYA – Yamaha RXZ sudah pasti menjadi kegilaan kepada para peminat permotoran tanah air walaupun sudah lama produksinya ditamatkan.

Walaupun harga motosikal dua lejang itu kini semakin menggila, tetapi masih ada individu yang membelinya.

Malah, motosikal enam kelajuan itu juga kini pernah mencecah hampir RM100,000 jika jentera tersebut masih dijaga rapi dan keasliannya dikekalkan.

Terbaharu, seorang lelaki di Facebook dengan menggunakan nama Danish Meng, telah berkongsi gambar dalam satu hantaran menunjukkan 11 buah Yamaha RXZ Catalyzer dari tahun 2003 hingga 2011 miliknya yang berjaya dikumpul.

Tentu sekali apabila melibatkan RXZ, ia berjaya menarik perhatian orang ramai, ada yang kagum dan teruja dengan koleksi tersebut, kerana umum mengetahui jika ingin memiliki sebuah RXZ pada masa kini ternyata ia tidaklah murah.

Bukan itu sahaja, alat ganti dan komponen untuk RXZ juga terkesan dengan jualan motosikal tersebut hingga menyebabkan kos untuk restorasi boleh menelan belanja hingga puluhan ribu ringgit.

Rata-rata peminat permotoran menyifatkan pemuda tersebut begitu cekal untuk melengkapkan koleksinya.

“Kalau dikira tu, dah hampir lebih setengah juta duit yang dibelanjakan tu. Cekal betul,” jelas Zalisham.

“Aku tak mampu secekal itu, terbaik ‘bro’. Aku nak beli Honda EX-5 pun bayar bulan, mungkin ada rezeki lepas aku lepas ni,” jelas Izwan DCA. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI