fbpx

PKR didakwa belanja besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal menyapa orang ramai yang hadir di majlis kenduri kesyukuran PN Tambun di Pusat Khidmat Adun Manjoi, hari ini. - FOTOMUHAMAD

IPOH – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, meminta PKR membentang kewangan parti itu kerana didakwa berbelanja besar semasa membantu kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahmad Faizal yang merupakan lawan Anwar di Parlimen Tambun pada PRU15 berkata, pekara ini dapat dilihat menerusi bahan kempen khususnya papan iklan gambar Anwar yang terdapat di beberapa lokasi di Tambun semasa kempen.

“Saya bertanding dengannya di Parlimen Tambun. Semasa kempen PRU15 kalau nak masuk Ipoh ada sebesar-besar ‘billboard’ (papan iklan) gambar Anwar, kalau sewa tak kurang RM50,000 hingga RM70,000.

“Sedangkan kita cuma boleh belanja RM200,000 sebagai calon Parlimen. Tak tahu parti dia belanja berapa banyak.

“Sedangkan kami jelas membuat tempahan bendera, bahan logistik untuk kempen jauh lebih awal, itu yang memungkinkan kita buat tempahan dengan harga murah. Sama seperti PRN Melaka dan Johor, Sabah, kita dah ada persediaan dari waktu itu lagi, jadi jangan ingat wang yang kita belanja semasa nak hampir pilihan raya sahaja.

“Ada juga kita dengar daripada rakan-rakan yang menyebut elok juga PKR, Amanah, PH (Pakatan Harapan) dan UMNO juga menunjukkan dari mana datang duit mereka, elok juga mereka bentangkan akaun parti mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI