fbpx

5 nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima warga Indonesia ditahan semasa menangkap ikan di kedudukan 37 Batu nautika Barat Daya Pulau Kendi, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan Indonesia bersama lima kru warga negara terbabit selepas didapati menceroboh perairan negara dengan menangkap hasil laut semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri, Kepten Abd. Razak Mohamed berkata, bot itu ditahan di kedudukan 37 batu nautika barat daya Pulau Kendi, kira-kira pukul 12.46 tengah hari.

Menurutnya, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara semasa rondaan Op Tanjung dan Op Pertiwi.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, bot yang berpangkalan di Pangkalan Susu, Sumatera Utara itu dikendalikan lima kru warga Indonesia berusia lingkungan 21 hingga 50 tahun dan kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beritahu beliau, bot serta kru ditahan termasuk hasil laut dibawa ke jeti limbungan Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI