fbpx

Angelina Jolie menangis lawat tapak perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGELINA JOLIE

PELAKON terkenal Angelina Jolie tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika melakukan lawatan ke tapak runtuhan sebuah bangunan dalam kunjungannya ke Sinjar, Iraq baru-baru ini.

Ketika berada di lokasi yang menjadi saksi berlakunya peperangan melibatkan Kumpulan Militan Daesh (ISIS) tersebut, mata bekas isteri kepada aktor, Brad Pitt itu kelihatan ‘berkaca’, terutama sewaktu diberi penerangan oleh rakannya yang juga aktivis kemanusiaan, Nadia Murad.

“Hari yang sungguh meruntun hati saya ketika ditemani Nadia sewaktu berkunjung ke Sinjar, Iraq. Saya akan berusaha sehabis baik untuk membantu masyarakat di sini yang terjejas akibat konflik peperangan,” tulis Jolie dalam Instagramnya.

Dalam lawatan sama, Jolie turut berkunjung ke tapak sebuah sekolah yang musnah teruk dan saksi bisu kekejaman ISIS.

Menurut apa yang diceritakan Nadia, sekolah tersebut merupakan sekolah lamanya dan telah menyaksikan beratus-ratus pelajar yang tidak berdosa dibunuh.

“Sekolah ini digunakan ISIS untuk memisahkan wanita dan lelaki dalam kalangan pelajar sekolah sebelum mereka semua dibunuh dengan kejam,” ungkap Jolie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI