fbpx

Muhammad Akmal hanya bawa air, dikhuatiri lemah tiada tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Akmal dan motosikal yang dinaiki ditemui oleh orang awam di Pulau Mawar, Mersing.

MERSING – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dipercayai hilang selepas melakukan aktiviti mendaki bukit secara bersendirian di Pulau Mawar, Rabu lalu masih tidak menemui petunjuk.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau Penolong Penguasa Bomba Mohd. Alias Hussin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya mangsa, Muhamad Akmal Hakimi Ishak, 19 masih berada di kawasan pulau tersebut, tidak mustahil mangsa dalam keadaan lemah.

Katanya, kehilangan mangsa yang kini memasuki hari kelima itu membuatkan dia berada dalam keadaan kekurangan tenaga ditambah pula beliau difahamkan mangsa tidak membawa bekalan untuk melakukan aktiviti itu.

“Kita mendapat makluman mangsa memang suka melakukan aktiviti hiking sendirian. Bahkan menurut keluarga dia memang pernah mendaki di pulau ini sendirian sebelum ini namun berjaya pulang dengan selamat.

“Kita juga difahamkan mangsa hanya membawa air sahaja ia berdasarkan hasil perbualan mangsa dengan pekerja pembersihan di pulau ini ketika hari kejadian dimana tiada bekalan atau persiapan lain dilihat.

“Jadi untuk tempoh lima hari ini kemungkinan mangsa kini berada dalam keadaan lemah kerana tiada bekalan minuman atau makanan, ” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI