PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh negara hingga pukul 5 petang ini.
Bagaimanapun, MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, hanya tiga daerah di Pahang diramal berdepan dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga petang ini.
“Tiga daerah diramal berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah di Kuantan, Pekan dan Rompin,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE