Oleh ZAKI SALLEH
KUALA LUMPUR – TMC, sebuah syarikat penyedia penyelesaian telekomunikasi menawarkan peluang perniagaan dalam industri digital dan telekomunikasi dengan modal permulaan yang minima.
Dengan pakej serendah RM1,999, orang ramai boleh memiliki perniagaan telekomunikasi mereka sendiri dan bergelar usahawan.
Pengarah Rangkaian Strategik TMC, Muhammad Nazir Hassan berkata, antara perkhidmatan yang ditawarkan menerusi perniagaan itu ialah TMC outlet telekomunikasi, pusat telekomunikasi, terminal M-POS, TMC mobil dan kiosk telekomunikasi.
Menurut beliau, konsep perniagaan yang dikendalikan sendiri oleh pemilik dapat membantu mereka yang berminat memulakan perniagaan segera tanpa mengeluarkan modal besar.
“Industri telekomunikasi dan digital sekarang sedang pantas berkembang walaupun kebanyakan sektor lain terkesan akibat penularan wabak Covid-19.
“Sebab itu, TMC mahu orang ramai merebut peluang ini terutamanya generasi muda yang lebih biasa dengan kepesatan teknologi telekomunikasi dan digital,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
TMC telah bertapak sejak 15 tahun lalu dalam industri dan pencapaiannya diiktiraf apabila memenangi Asia Honesty Enterprenuer Award 2019 bagi kategori Syarikat Yang Diyakini.
Kata Muhammad Nazir, TMC kini mengadakan Program Pembangunan Usahawan Telekomunikasi dan Digital 2020 untuk membantu rakyat Malaysia yang kehilangan kerja berdikari menerusi pernagaan telekomunikasi.
“Pihak TMC turut membantu dalam menyediakan modal tambahan sehingga RM50,000 kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan ini, selain peluang mendapat dana sampingan berjumlah RM10,000 daripada agensi-agensi berkaitan.
“Kami turut tidak ketinggalan membantu usahawan yang terkesan disebabkan pendemik Covid-19 dengan menawarkan subsidi perniagaan sehingga RM3,000 sebulan mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web www.tmcreload.tmc.my atau menghubungi talian 03-8408 2121.