fbpx

Dua lelaki ditahan kes pergaduhan depan Pasar Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar kejadian pergaduhan di hadapan Pasar Bentong pada 23 Januari lalu yang tular dalam media sosial.

BENTONG – Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat memukul seorang remaja dalam kejadian pergaduhan di hadapan Pasar Bentong pada 23 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, suspek yang berusia 21 dan 22 tahun ditahan pada pukul 3.45 petang pada 25 Januari lalu selepas mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa yang berusia 18 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur memaklumkan dia dan abangnya telah dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di hadapan Pasar Bentong,”katanya di sini hari ini.

Semalam tular dalam media sosial di laman Facebook milik ‘Aung Phyo Thu’ kes pergaduhan di Bentong yang dilaporkan berlaku pada pukul 3 pagi di hadapan Pasar Bentong.

Menurut Zaiham kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI