fbpx

[VIDEO] Empat pelajar cedera bas terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamatkan mangsa dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa pelajar MRSM dan guru di Kilometer 19 Jalan Bilut-Raub di Bentong malam semalam.

BENTONG – Kegembiraan sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bersama tiga guru yang pulang daripada program lawatan di Kuala Lumpur bertukar menjadi detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbalik di Kilometer 19 Jalam Bilut-Raub di sini malam semalam.

Kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu menyebabkan empat pelajar dan seorang pemandu bas mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba Bentong, Mohd Shafie Sulong berkata, bas yang pesiaran yang membawa pelajar dan guru itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lipis sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan dan terbalik.

“Bomba yang tiba dilokasi kejadian pada pukul 9.07 malam mendapati terdapat kemalangan melibatkan bas tetapi tiada mangsa yang tersepit.

“Terdapat tiga pelajar lelaki, satu pelajar perempuan dan seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang cedera menerima rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Katanya, mangsa yang tidak mengalami kecederaan dibawa balik menaiki sebuah bas ke MRSM Kuala Lipis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI