fbpx

AS tembak jatuh ‘belon pengintip’ dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AS menyifatkan kehadiran belon udara milik China di ruang udara AS jelas melanggar kedaulatan negara itu dan undang-undang antarabangsa. – BBC

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh apa yang disyaki sebagai ‘belon pengintip’ milik China di pantai Carolina selepas ia melintas tapak tentera yang sensitif di Amerika Utara, lapor akhbar Arab News hari ini.

Insiden itu menjadi isu terbaharu bagi peningkatan ketegangan antara Beijing dengan Washington.

Satu operasi sedang dilaksanakan di perairan wilayah AS di Lautan Atlantik bagi mencari serpihan belon tersebut yang terbang pada ketinggian kira-kira 18,288 meter serta dianggarkan bersaiz tiga buah bas sekolah.

Rakaman televisyen menunjukkan berlakunya letupan kuat sebelum belon itu meluncur jatuh ke arah laut.

Jet-jet tentera AS turut dilihat terbang di kawasan sekitar selain kapal-kapal dikerahkan ke perairan tersebut bagi melancarkan operasi.

Para pegawai menyasarkan untuk mengatur masa operasi supaya mereka dapat mengumpul sebanyak mungkin serpihan sebelum ia tenggelam ke dalam lautan.

Pentagon sebelum ini menganggarkan bahawa mana-mana medan serpihan yang ditemui adalah akan menjadi sesuatu yang amat penting.

Belon tersebut dikesan orang ramai pagi semalam di sekitar Carolina ketika ia menghampiri kawasan pantai.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, kehadiran belon udara milik China di ruang udara AS jelas melanggar kedaulatan negara itu dan undang-undang antarabangsa.

Beliau dalam masa sama mengumumkan pembatalan lawatannya ke China yang dijadual hari ini untuk berbincang mengenai usaha bagi mengurangkan ketegangan antara kedua-dua negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI