fbpx

Seniwati Julie Sudiro meninggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Julie Sudiro

PETALING JAYA – Seniwati yang terkenal dengan nyanyian Jazz, Datin Paduka Julie Sudiro menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 malam tadi akibat masalah paru-paru.

Berita sedih itu dikongsikan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dalam satu kenyataan malam tadi.

Arwah meninggal pada usia 80 tahun setelah menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor sejak 9 Januari lalu.

Pada 15 Januari lepas, keadaan kesihatan Julie dilaporkan semakin stabil selepas dimasukkan ke hosptal akibat paras oksigen menurun.

Walau bagaimanapun, Julie yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih memerlukan bantuan pernafasan.

Terdahulu, media melaporkan Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro menjalani hidup dengan tenang sebagai guru mengaji.

Mendiami teres dua tingkat bersama anak bongsu dan cucu di Subang Jaya, Selangor, kediamannya dikunjungi anak murid yang datang belajar mengaji al-Quran, setiap hari.

Antara mereka yang pernah bergelar anak muridnya termasuklah anak Allahyarham Seniwati Mariani, Shasha dan Dian P Ramlee dan ramai lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI