fbpx

ASEAN kutuk pelampau bakar al-Quran, sokong usaha damai di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMBRY Abd. Kadir (kiri sekali) bergambar selepas tamat Sesi Pemukiman Menteri Luar ASEAN di Jakarta, Indonesia hari ini.

PUTRAJAYA – Kepimpinan serantau mengutuk keras siri tindakan pelampau Barat yang sengaja biadab membakar al-Quran di beberapa buah negara Eropah bulan lepas.

Menurut kenyataan diterbitkan Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia, perbuatan ekstremis terlibat adalah jelas satu bentuk penghinaan dan melukakan toleransi beragama.

“Kami menegaskan sekali lagi komitmen ASEAN untuk terus menyuburkan pelbagai sesi dialog dan pemahaman serta mahu mempromosikan semangat yang muhibbah.

“ASEAN mengulangi pendirian bahawa blok serantau 11 negara ini ingin semua komuniti rencam sejagat agar hidup bersama secara harmoni dalam kepelbagaian global,” katanya.

Kenyataan sepanjang 53 perenggan dan setebal sembilan halaman itu merupakan antara ketetapan Program Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di ibu kota republik tersebut.

Acara itu yang berakhir pada hari ini dipimpin oleh Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi susulan republik tersebut ialah pengerusi baharu blok rantau Asia Tenggara itu tahun ini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut menyentuh mengenai misi usaha perdamaian di Myanmar berdasarkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara yang ditetapkan sebelum ini.

Justeru, Setiausaha Agung ASEAN yang baharu, Kao Kim Hourn akan ke sana bagi mengenal pasti ruang untuk menamatkan kemelut yang sudah pun berlarutan lebih dua tahun itu.

Selain itu, mesyuarat berkenaan turut bersepakat agar kemelut di Laut China Selatan yang semakin tegang antara pelbagai kuasa dunia dapat diselesaikan secara penuh berhemah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI