fbpx

Kabinet bayangan PN permulaan progresif blok pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina

PETALING JAYA – Kabinet bayangan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai satu permulaan yang progresif ke arah reformasi blok pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana pembentukan tersebut membolehkan pihak pembangkang memainkan peranan dalam mekanisme semak dan imbang.

“Kabinet bayangan adalah satu inisiatif dan permulaan yang progresif ke arah reformasi blok pembangkang.

“Saya sentiasa mengalu-alukan teguran dan idea yang konstruktif daripada blok pembangkang,” katanya dalam satu hantaran di Twitter hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan Kabinet bayangan mereka yang akan bertindak sebagai pembangkang di Parlimen.

Pengumuman itu dibuat selepas PN bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI