fbpx

Dania minat jadi model, suka lelaki hormat wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dania suka melancong dan seorang yang pentingkan pelajaran.

Empat tahun berkecimpung sebagai pempengaruh, gadis Pesona Ahad, Dania Syahirah Zakry, 26, tidak terlepas mendapat kecaman dan komen negatif daripada pengikut yang tidak menyukai dirinya serta konten yang dibuat.

Setiap kali situasi itu berlaku anak sulung daripada lima beradik itu akan terus padam komen-komen berkenaan serta menyekat akaun tersebut daripada mengikutnya.

Kepada Kosmo! Ahad, gadis yang lebih mesra dipanggil Dania ini bercerita mengenai kisahnya sebagai seorang pempengaruh yang mementingkan pelajaran.

Kosmo! Ahad: Ceritakan sedikit mengenai Dania?
Dania: Saya suka minum kopi dan setiap kedai kopi baru, Dania pasti akan mencubanya kemudian kongsikan bersama pengikut di Instagram.
Dania juga suka membeli-belah terutamanya kosmetik dan bermula daripada ini, Dania memulakan satu akaun lemon8 untuk membuat tutorial mekap kepada pengikut saya.

Bagaimana bermula menjadi pempengaruh?
Ketika Dania masih belajar pada tahun 2018. Sebagai seorang yang selalu ke luar negara, saya akan sentiasa memuat naik gambar menunjukkan cara pemakaian. Ahli keluarga sangat memahami dan mereka membantu mengambil gambar Dania yang cantik-cantik.

Bagaimana menghadapi kecaman orang luar?
Belum pernah dikecam de­ngan sangat teruk dan untuk itu, Dania sangat bersyukur. Namun, Dania tidak pula terlepas daripada komen yang tidak suka Dania.
Saya akan sekat akaun tersebut kerana Nia tidak boleh kawal apa yang orang hendak katakan. Tetapi, jika Dania mendapat komen yang berupa teguran, Nia akan terima dengan baik.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
Dapat berkolaborasi dengan jenama-jenama besar di Malaysia yang sememangnya Dania minat antaranya Lovito, SHEIN, Aldo, Hapakristin dan Hijabistahub. Kolaborasi ini membuka ruang dan peluang kepada Nia dalam industri peragaan.

Apa perancangan masa hadapan Dania?
Minat untuk sambung belajar dalam bidang Cyber Security di Australia. Selain itu, ingin mencuba perkara baru seperti menceburkan diri dalam ­dunia peragaan di samping ingin berkolaborasi dengan jenama terkenal Malaysia atau luar negara.

Kongsikan pengajaran daripada perhubungan yang lalu?
Pengajaran daripada hubu­ngan yang lepas membuatkan Dania ingin mencari seseorang yang menghormati diri ini. Lelaki yang mempunyai sikap yang baik serta boleh bagi motivasi kepada kita untuk membuat satu perkara yang baik. Dania suka lelaki yang mempunyai ciri-ciri keke­luargaan dan memen­tingkan pelajaran.

Perkara kecil yang tidak disukai Dania?
Paling pantang jika sudah berjanji untuk bertemu, namun mereka lambat.
Bagi saya, masa itu sangat penting dan sekiranya orang tersebut tidak menepati masa, mungkin itu kali terakhir kami berjumpa. Tetapi, jika ada perkara yang tidak dapat dielakkan, maka dimaafkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI