fbpx

Penunggang motosikal maut, kereta Myvi masuk laluan bertentangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal pasangan suami isteri yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 17, Jalan Jerantut - Benta hari ini.

JERANTUT – Gara-gara sebuah kereta jenis Perodua Myvi hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan, seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 17 Jalan Jerantut-Benta di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu berlaku ketika mangsa berumur 25 tahun yang membonceng isterinya dalam perjalanan dari Damak ke Jerantut, manakala kereta berkenaan dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu kereta gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang ditunggang oleh mangsa.

“Akibat kemalangan ini penunggang motosikal disahkan meningal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng motosikal mengalami kecederaan patah kaki,” katanya di sini hari ini.

Mazlan berkata, mangsa yang maut dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan kes  disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, keputusan ujian saringan air kencing pemandu kereta terlibat negatif dan pemandu berumur 19 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI