fbpx

Aliff Aziz akui khilaf, Bella rapuh, Sophia ‘ghaib’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARA-GARA jatuh hati di lokasi penggambaran, Aliff, Sophia dan Bella yang dianggap sebagai mangsa keadaan menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat. – SADDAM YUSOFF

SEJAK Januari lagi suhu dunia hiburan musim 2023 kalut dengan lambakan cerita panas melabuhkan tirai. Memasuki Februari, kepanasan merebak dengan kontroversi rumah tangga pasangan Bella Astillah dengan Aliff Aziz.

Sekali lagi rumah tangga mereka dihantui dengan gangguan pihak ketiga dan kali ini dikatakan berpunca daripada Sophia AlBarakbah yang mengakui ‘tersuka’ terhadap Aliff.

Situasi itu sahaja sudah cukup untuk meledakkan amarah Bella, barangkali trauma yang pernah dialami suatu masa dahulu kembali menggelegak.

Isteri mana yang jiwanya tidak terkesan apabila ada wanita lain secara terbuka mengakui sukakan suaminya.

Melewati semula, isu ini sudah hangat diperkatakan sejak akhir tahun lalu apabila tular gosip mengenai seorang aktor dikatakan curang dengan heroin gandingannya.

Biarpun tiada pendedahan identiti dilakukan, khalayak mudah membuat andaian bahawa aktor dan aktres yang dimaksudkan ialah Aliff dan Sophia.

“Dia sahaja heroin saya ketika ini dan saya hanya fokus untuk satu drama sahaja,” kata Aliff yang cukup untuk menggambarkan, sekali gus mengesahkan wanita berkenaan ialah Sophia.

Namun tidak bagi Sophia, 30, yang terus berdiam diri tanpa muncul memberi sebarang penjelasan bagi membersihkan semula imej yang sudah tercalar.

Paling terkesan, Bella nekad berkongsi kepada umum perbualan mereka berdua dalam aplikasi WhatsApp.

Ada yang menyokong Bella tetapi terdapat juga mengecam tindakannya membuka aib individu lain.

ALIFF mengakui terbawa-bawa emosi lakonan apabila bersama dengan Sophia AlBarakbah.

Khilaf diri, pengajaran

Berani berhadapan dengan pihak media pada sidang akhbar drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah baru-baru ini, Aliff mengakui permasalahan tersebut timbul kerana tidak menjaga ikhtilat dengan Sophia pada awal penggambaran karya arahan Osman Ali itu.

“Tiada siapa menjangkakan kontroversi ini akan menjadi hangat dan saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak terleka dalam menjaga batas ikhtilat.

“Tambahan pula, pada awal penggambaran, kami memang tiada sesi bacaan skrip jadi kami seolah-olah terbawa-bawa perasaan sebenar ketika berlakon bersama,” katanya dalam nada tenang.

Meskipun dikecam, Aliff bagaimanapun memahami keprihatinan ramai terhadap isu rumah tangga yang sememangnya sensitif dalam kalangan masyarakat negara ini.

“Saya memahami zaman sekarang ialah era orang awam melontarkan pendapat mereka dalam media sosial tanpa batasan.

“Mereka banyak beri pandangan sama ada betul atau tidak, namun itu sekadar pendapat bebas yang boleh dilemparkan sesiapa sahaja.

“Ketika ini, saya melihat semua secara keseluruhan dan bagaimana untuk memperbaiki setiap kesilapan, berbanding berfikir apa yang orang lain akan mengata,” ungkap bapa kepada dua cahaya mata itu.

Mengakui tertekan dengan dugaan yang melanda dirinya, Aliff bagaimanapun enggan emosinya hanyut dan berlama-lama tersekat dalam kontroversi.

“Ketika ini semua terkesan dan paling terasa pastilah isteri saya yang sangat rapuh sepanjang tempoh isu ini berlaku.

“Untuk cuba menangani hal ini, saya habiskan lebih banyak masa dengannya. Sekiranya berlaku perkara tidak seronok, dia sedar bahawa ada seseorang yang sentiasa menemani di sisi,” ujarnya.

SOPHIA enggan menjawab atau bersemuka media bagi membersihkan reputasinya yang tercemar.

Kepercayaan Bella

Sementara itu, Aliff juga memberitahu aktres berkenaan tidak lagi menghubungi mahupun menghantar mesej seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Bahkan, dia terbuka sekiranya Bella ingin hadir menemaninya di lokasi penggambaran drama tersebut yang masih berbaki sekitar 28 hari lagi.

“Tiada isteri mahukan perkara tidak baik dalam rumah tangga mereka.

“Apabila dia bersuara agar saya tidak lagi berlakon lagi dengan pelakon wanita itu, saya bersetuju.

“Bella juga boleh menemani saya di set penggambaran. Saya menghormati dan akur jika itu boleh mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya,” ujar penyanyi yang terkenal dengan lagu Sayang-Sayang itu.

Disoal tentang hubungan bersama Sophia di set penggambaran, Aliff mengakui belum ada perbincangan bersama isu berkenaan.

“Kami tak pernah ada perbincangan bersama mengenai hal ini, namun ada diskusi matang dengan isteri. Saya tidak akan mengeluarkan kenyataan kontra daripada apa yang telah dikongsikan

Bella.

“Sekiranya dipanjangkan lagi, pasti akan cetuskan spekulasi lain dan harap semua ini akan berakhir, semua dapat move on,” tutur aktor berusia 32 tahun itu.

Sophia yang menerima kecaman hebat termasuk dalam kalangan selebriti tanah air masih enggan memberi sebarang komen dan terus ‘ghaib’ daripada muncul ke depan membersihkan reputasinya yang tercemar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI