fbpx

[VIDEO] Bomba, polis, APM kena tipu dengan panggilan palsu kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota pasukan keselamatan yang tiba di lokasi kemalangan palsu di Kampung Pinang Merah, Paka, Dungun malam tadi.

DUNGUN – Empat agensi iaitu jabatan bomba dan penyelamat, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Klinik Kesihatan Paka terperdaya dengan panggilan palsu kononnya berlaku kemalangan ngeri di Kampung Pinang Merah, Paka di sini malam tadi.

Kemalangan yang kononnya melibatkan sebuah lori, dua buah kereta dan sebuah motosikal sebenarnya tidak pernah berlaku malah lokasi kejadian iaitu Sekolah Kebangsaan Pinang Merah juga tidak wujud.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd. Aidil Khairim Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang individu mendakwa kemalangan tersebut berlaku pada pukul 8.59 malam.

Beliau berkata, individu terlibat mendakwa dua bas lain turut merempuh kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan pertama.

“Dia mendakwa beberapa mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing namun apabila dua jentera bomba tiba di lokasi kejadian, tiada apa-apa yang berlaku.

“Bukan sahaja bomba malah pasukan polis, APM dan ambulans klinik kesihatan juga terperdaya dengan panggilan palsu sama,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu di media sosial tersebar sebuah klip video memaparkan anggota kesemua pasukan keselamatan terpinga-pinga berada di lokasi kejadian kemalangan palsu tersebut mendapat reaksi netizen.

Rata-rata mereka marah dengan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut yang sahaja membuang masa malah menyusahkan anggota keselamatan.

Mohd. Aidil Khairim berkata, cubaan mereka untuk menghubungi semula individu tersebut bagi bertanyakan tentang kemalangan didakwa tidak dijawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI