fbpx

900 anggota TLDM buat kerja amal di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keng Lip (tengah) bergambar sempena Program Jiwa Murni fakulti berkenaan di sekolah tersebut di Sitiawan melibatkan 900 pegawai dan anggota TLDM selama dua hari pada 3 dan 4 Februari.

LUMUT – Kira-kira 900 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Pangkalan TLDM Lumut melakukan aktiviti tanggungjawab sosial masyarakat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Uk Ing di Sitiawan di sini.

Program Jiwa Murni selama dua hari itu bermula semalam merupakan anjuran Kapal Diraja (KD) Pelandok menerusi Fakulti Kejuruteraannya.

Menurut Ketua Fakulti Kejuruteraan KD Pelandok, Komander Ng Keng Lip, program itu melibatkan kira-kira 400 anggota semalam dan 500 orang pada hari ini.

“Antara kerja-kerja dilakukan ialah mengecat, pemasangan dan penyelenggaraan, pemeriksaan, kerja-kerja baik pulih barangan kayu, menebang pokok, keceriaan dan pengemasan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kerja-kerja mengecat antara lain di luar kelas dan bangunan, pintu siling dan pondok pengawal keselamatan manakala pemasangan dan penyelenggaraan melibatkan kipas dan alat elektrik yang rosak.

Beliau memaklumkan, kerja-kerja lain termasuk membaik pulih kerusi dan meja kayu yang rosak, pendawaian bangunan, penyelenggaraan paip air, menebang pokok yang boleh membahayakan, mencantikkan taman sekolah serta mengemas bilik pekerja serta ruangan pentas.

Jelasnya, ia adalah sebahagian sumbangan dilakukan pasukan tersebut yang secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan pegawai dan anggota dengan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI