fbpx

Jual roti berkulat, kedai kopi popular tampil mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar roti berkulat yang dimuat naik seorang wanita di Facebook, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Terkesan dengan insiden tular memaparkan keluhan seorang pelanggan yang kecewa apabila diberi roti sosej berkulat dari sebuah kedai kopi popular, pihak pengurusan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka semalam.

Meskipun pelanggan tersebut telah ditawarkan baucar sebagai ganti, dia tetap berasa tidak puas hati dengan servis yang diberikan pihak kedai kopi tersebut kerana masih menyimpan makanan tamat tempoh untuk dijual kepada pelanggan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pengurusan kedai kopi popular itu memohon maaf dan mengakui pihaknya terlepas pandang isu masalah ‘chiller’ sekali gus menyebabkan bahan yang disimpan menjadi rosak.

Dalam pada itu, pihak pengurusan turut sedia memberikan pemulangan wang penuh kepada pelanggan tersebut serta akan menanggung sebarang bayaran melibatkan masalah kesihatan.

“Kami memohon maaf setinggi-tingginya di atas insiden berkulat Ayam Sosej Roll di KL East Mall baru-baru ini.

“Siasatan mendapati kerosakan penyejuk menyebabkan pencemaran. Pihak kami telah menghubungi pelanggan untuk menawarkan bayaran balik penuh dan pampasan perubatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI