fbpx

Penjualan mercun, bunga api: PDRM tunggu dasar KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menunggu dasar yang akan ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pelaksanaan penjualan mercun dan bunga api.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sedia untuk mengikut peraturan serta garis panduan yang akan dikeluarkan kelak.

“Saya baru tahu perkara ini dan kita (PDRM) kini menunggu apakah dasar daripada KDN berkaitan perlaksanaan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Program Hiking Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Komuniti Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur di Taman Persekutuan, Bukit Kiara di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kerajaan akan membenarkan penjualan mercun dan bunga api dalam masa terdekat termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pemborong dan pengimport.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, jika ia dapat dilaksana, garis panduan jualannya akan mula berkuatkuasa pada Hari Raya Aidilfitri nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI