fbpx

PRN: Rundingan kerusi BN-PH Selangor selepas perbincangan komponen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat Zulkarnain ketika sidang akhbar itu

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor akan berunding dengan Pakatan Harapan (PH) mengenai pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas dipersetujui parti komponen dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, jumlah sebenar kerusi yang bakal ditandingi BN belum lagi dimuktamadkan setakat ini.

Kata beliau, UMNO sudah mengenal pasti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi untuk ditandingi termasuk lima yang masih disandang ketika ini.

“Perbincangan antara UMNO secara dasarnya sudah selesai namun jumlah kerusi itu tidak perlu saya nyatakan.

“Kita akan berunding dengan parti komponen BN terutama MCA dan MIC bagi menentukan kerusi DUN dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Kumpulan Muara di sini, petang tadi.

Jelas Megat Zulkarnain, pembahagian kerusi DUN masih diperhalusi dan diteliti sepenuhnya sebelum dimuktamadkan kelak.

“Namun, UMNO memang sudah bersedia sepenuhnya untuk berunding dengan PH dan bayangan jumlah kerusi itu sudah dimaklumkam kepada Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) dan kita tunggu hasil perbincangan dengan BN nanti,” ujarnya.  -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI