fbpx

Bas percuma ke Parlimen, galak Ahli Parlimen guna perkhidmatan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika berucap pada Majlis Tautan Mesra dan Perpaduan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perkhidmatan bas perantara percuma dari KL Sentral ke bangunan Parlimen akan mula diperkenalkan tidak lama lagi bertujuan menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam dalam kalangan Ahli Parlimen serta warga kerjanya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perancangan mengenai penyediaan perkhidmatan tersebut juga telah disampaikan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

“Saya sangat berharap ia dapat dilaksanakan pada sidang ini (13 Februari) serta sudah nyatakan hasrat kepada Speaker (Dewan Rakyat) dan beliau secara tidak rasmi bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Dari segi mekanisme pula kita akan lihat bagaimana pelaksanaannya dan kita juga sudah minta pihak Prasarana untuk sediakan (bas) Rapid KL.

“Perbincangan lanjut akan dibuat dengan pihak pentadbiran Parlimen supaya isu keselamatan tidak dikompromi untuk pelawat yang perlu mengambil pas keselamatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Tautan Mesra dan Perpaduan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Menurut Anthony Loke, jarak perjalanan dari KL Sentral ke bangunan Parlimen juga tidak terlalu jauh selain ia menempatkan pelbagai mod pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan KTM Komuter.

Beliau juga yakin perkhidmatan bas perantara yang bakal diperkenalkan itu dapat mengurangkan kesesakan di bangunan berkenaan terutamanya ketika sidang Parlimen sedang berlangsung.-  KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI