fbpx

Ramai hairan, tiket bola 2023 macam resit kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular tiket perlawanan bola sepak yang dimuat naik di media sosial

PETALING JAYA – Sudah memasuki tahun 2023, namun mentaliti pengurusan sukan bola sepak di Malaysia masih jauh kebelakang apabila tiket yang dibeli disifatkan sama seperti resit pembelian runcit.

Gambar tiket itu yang dimuat naik di Twitter @nocontextbolamy, kini tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat bola sepak negara.

Menerusi gambar tersebut, jelas menunjukkan tiket itu sama seperti sekeping resit yang dijual dengan harga RM15 dipercayai berlangsung di Stadium Pulau Pinang.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai meluahkan kekecewaan dan mempersoalkan tindakan pengurusan stadium terbabit.

“Ini tiket ke? Adoi, dah 2023 dah. Bayar RM15 tapi tiket macam ni sahaja,” luah Zahri.

“Negeri maju tapi pakai resit parkir buat apa?,” soal seorang pengguna dikenali sebagai chemart.

“Tike bola ke resit sedekah? Lain kali nak anjur pertandingan pastikan semua sudah tersedia,” ujar Asyraf. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI