fbpx

Habis RM50 hanya untuk empat jenis sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZAM menyusun sayur-sayuran yang dijual di Pasar Awam Daerah Barat Daya, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Peruncit atau peniaga sayur di negeri ini tidak dapat berbuat apa-apa dengan kenaikan harga sayur yang naik mendadak kerana semua itu adalah daripada pembekal.

Pembekal juga didakwa menaikkan harga setiap dua hari sekali sehingga memaksa pe­langganya kini berkira-kira untuk membeli sayur.

Seorang peniaga sayur di Pasar Awam daerah Barat Daya, Izam Abd. Hamid, 42, berkata, trend kenaikan harga sebahagian besar sayur-sayuran di pasaran sejak dua minggu lalu turut me­ngubah senario pengurusan perbelanjaan pelanggan.

Jelasnya, kenaikan harga sememangnya memberi kesan kepada para peniaga selain terpaksa berdepan dengan pelbagai rungutan pembeli.

“Pembekal langsung tidak beri sebab harga sayur naik dari Ca­meron Highlands itu. Harga tidak pernah turun sejak dua minggu lalu malah sentiasa naik sehingga RM1 setiap dua hari sekali.

“Kami terpaksa jual harga tinggi untuk dapatkan pulangan modal, untungnya sedikit saja. Pelanggan pula, mereka mula kurangkan kuantiti pembelian iaitu dari sekilogram menjadi setengah atau suku,” katanya di sini semalam.

Semalam, Kosmo! melaporkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga sayur-sayuran naik mendadak sejak awal tahun ini dengan bendi merekodkan kenaikan harga ter­tinggi sebanyak 166 peratus iaitu daripada RM6 kepada RM16.

“Saya juga terpaksa hadkan tempahan sayur-sayur tertentu daripada pihak pembekal semata-mata untuk habiskan terlebih dahulu stok yang diambil beberapa hari lalu contohnya tomato dan terung bulat,” ujarnya.

Seorang pelanggan, Norhayati Mohamad, 58, berkata, dia kini terpaksa belanja RM50 seminggu untuk beli sayur sahaja.

“Semua benda jadi mahal sekarang, susah begini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI