fbpx

Pembunuh siar video menari di rumah mangsa di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Louisa Kam (gambar kecil) menjadi mangsa dua lelaki yang mahu merompak hartanya. - MailOnline

LONDON – Seorang lelaki merakam video dia menari bersama seorang model wanita di rumah warga emas berusia 71 tahun yang menjadi mangsa pembunuhannya sebelum menyiarkan rakaman tarian mereka di laman TikTok, lapor akhbar Mirror UK.

Mohammed El-Abboud, 28, dan Kusai Al-Jundi, 25, masing-masing dipenjara sekurang-kurangnya 35 tahun selepas didapati bersalah membunuh Louise Kam, 71.

El-Abboud menyiarkan video dia menari bersama teman wanita Al-Jundi, Maria Amariucai di kediaman Kam dua minggu sebelum mangsa dibunuh dan pada hari kematiannya.

Mereka pada awalnya cuba memperdaya Kam untuk menandatangani dokumen kawalan ke atas portfolio hartanahnya untuk membolot kekayaan bernilai £4.6 juta (RM24.19 juta).

Selepas cuba menipu Kam berulang kali, warga emas itu akhirnya dibunuh pada Julai 2021.

Al-Jundi cuba menipu mangsa dengan berkata, dia menyayanginya, namun komplot mereka tidak berjaya. Mereka kemudian mencekik Kam dengan wayar pengering rambut selepas mangsa diikat di atas katil.

Mayat Kam disumbat ke dalam tong beroda. Al-Jundi berbohong kepada keluarga Kam menggunakan telefon milik mangsa bahawa wanita itu memutuskan untuk pergi ke China.

Bagaimanapun, mayat Kam kemudian ditemui di rumah ibu bapa Al-Jundi. – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI