Oleh NOR AINNA HAMZAH
REMBAU – Kelibat seekor ular sawa di dalam longkang mencetuskan panik warga Sekolah Kebangsaan Chembong, dekat sini, pagi tadi.
Reptilia seberat 25 kilogram itu ditemui oleh seorang guru sekolah yang melalui kawasan berkenaan.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 8.48 pagi.
“Sebaik tiba ke lokasi, anggota bertugas mendapati ular sawa sepanjang lima ke enam meter berkenaan masih lagi berada di dalam longkang.
“Kita mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membawanya keluar dan menangkap ular sawa berkenaan yang tersepit di dalam longkang,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.-K!ONLINE