fbpx

Maut terbabas diserang penyakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari keretanya yang terbabas ke dalam parit selepas diserang penyakit jantung dan disahkan meninggal dunia di Jalan Banting - Dengkil di sini hari ini

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KUALA LANGAT – Seorang lelaki maut selepas terkena serangan penyakit jantung  yang mengakibatkan kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Banting hala ke Dengkil di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian berlaku pukul 7.20 pagi ketika mangsa Wong Chee Pion, 58, sedang dalam perjalanan menuju ke Dengkil dari arah Banting.

Katanya, semasa kejadian mangsa memandu sendirian kereta jenis Proton Gen 2.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa telah diserang penyakit jantung sehingga mengakibatnya hilang kawalan sebelum kenderaan dipandunya terbabas ke dalam parit.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Muhammad Fadzrul Azren Md. Razif memberitahu seramai 10 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.33 pagi.

“Kita mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang duduk di bahagian pemandu,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI