fbpx

Bekas penyelia Felda didenda RM8,000, penjara 6 bulan bersalah palsu tandatangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa keluar daripada mahkamah selepas didapati bersalah memalsukan tandatangan peneroka di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini.

KUANTAN – Seorang bekas penyelia Felda dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas kesalahan memalsukan sebahagian tandatangan peneroka berhubung penerimaan bayaran tunai tiga tahun lalu.

Tertuduh Muhammad Aizat Zaidi, 34, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai penyelia Felda Sebertak, Bera telah memalsukan sebahagian tandatangan peneroka pada senarai akuan penerimaan bayaran tunai serta senarai akuan penerimaan bayaran tunai pendahuluan tunai berjumlah RM150,793 untuk pelaburan Forex antara November 2020 dan Disember 2020.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 464(a) Kanun keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 465 kanun keseksaan.

Peguambela Muhammad Aizat, Mazura Ismail dalam rayuannya meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara paling minima tanpa denda berikutan anak guamnya mengaku telah insaf dengan perbuatan itu.

Mazura juga memaklumkan tertuduh telah membuat bayaran ganti sebanyak 50 peratus daripada nilai keseluruhan wang kepada peneroka terbabit selain berhasrat untuk membayar semua wang peneroka berkenaan.

Muhammad Aizat juga dikatakan telah kehilangan pekerjaannya dan kini hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan sebanyak RM50 sehari serta perlu menanggung ibu dan bapanya yang sudah tua.

Selain itu, Mazura memberitahu, disebabkan kes berkenaan, tertuduh juga dikatakan telah bercerai dengan isterinya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif dalam hujahnya berkata, tindakan tertuduh telah mencalarkan imej penjawat awam serta intergriti Felda.

Riffah Izatti dalam perhujahannya berkata, walaupun tertuduh ada usaha untuk membayar balik wang peneroka berkenaan namun mahkamah perlu mengambil kira kekerapan dan keseriusan kesalahan yang dilakukan itu selain membabitkan peneroka yang kebanyakkannya adalah warga emas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI