fbpx

DUN P. Pinang mungkin dibubar akhir Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow (tengah) ketika menerima replika cek tajaan Flextroniks bagi program STEM Pulau Pinang, di Komtar, George Town, di sini, hari ini.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memberi bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan akhir Mei ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kon Yeow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang berkata, pembubaran DUN Pulau Pinang waktu itu dilihat paling sesuai untuk mengadakan PRN pada Jun atau Julai depan di enam negeri yang masih belum mengadakan PRN selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Mungkin kalau dibubarkan (DUN Pulau Pinang) akhir Mei, semestinya PRN perlu diadakan pada Jun, atau selewat-lewatnya Julai ini.

“Jadi, mungkin betul apa yang dikatakan oleh Menteri-Menteri Besar berkenaan, bulan Jun atau Julai adalah paling sesuai untuk seragamkan PRN di semua negeri,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar di sini, hari ini.

Menurut Kon Yeow, setakat ini masih belum ada sebarang mesyuarat rasmi dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri di enam negeri bagi membincangkan soal PRN atau pembubaran DUN di negeri masing-masing.

“Pertemuan dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri hanya berlaku pada 21 Februari nanti di mana pada waktu itu akan diadakan pertemuan antara Perdana Menteri bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Pada minggu yang sama juga akan berlangsung Mesyuarat Raja-Raja di Istana Negara dan di kedua-dua majlis ini mungkin kita boleh berbincang mengenai PRN,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI