fbpx

Pemilihan UMNO: Khaled sahkan bertanding, pertahan jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin mengesahkan beliau akan bertanding bagi mengekalkan jawatannya pada pemilihan UMNO kali ini.

“Saya akan bertanding dan kekal mempertahankan jawatan (Naib Presiden UMNO),” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pra-Pelancaran Kampus Baharu Universiti UCSI Cawangan Bangladesh di Hotel Le Quadri di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pemilihan UMNO akan diadakan bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan akan diadakan selama 26 hari bermula 1 Februari hingga 26 Februari ini.

Menurutnya, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan.

“Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac (Sabtu),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI