fbpx

Saharul Ridzwan nak simpan janggut sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETERBUKAAN industri pada masa kini membuatkan Saharul Ridzwan yakin untuk kekal menyimpan janggut dalam naskhah lakonannya kelak.

PETALING JAYA – Seiring dengan perubahan imejnya yang sedang mendalami ilmu agama, pelakon Saharul Ridzwan enggan ‘mengorbankan’ janggut semata-mata untuk memenuhi tuntutan watak dalam naskhah lakonannya pada masa akan datang.

Ujar Saharul atau nama lengkapnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 34, dia tidak rela mencukur sehingga licin janggutnya kerana mahu menyimpannya sehingga mati.

“Cukur janggut? Tidak rasanya. Saya mahu simpan sampai mati janggut ini. Mahu jaga sunah Rasulullah. Insya-Allah, saya boleh buat,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon tinggi lampai itu lagi, dia melihat janggut yang menghiasi wajahnya tidak menjadi penghalang untuk dia terus aktif dalam bidang lakonan memandangkan penggiat seni kreatif di Malaysia seperti penulis skrip sudah boleh memahami keadaan sebegitu.

“Lagipun penggiat seni seperti penulis skrip di Malaysia sekarang semakin hebat. Mereka boleh memahaminya.

“Jadi untuk karakter akan datang selepas ini, selagi boleh memang saya tidak mahu mencukur janggut. Mungkin boleh guna teknik solekan untuk ‘cover’ bahagian janggut saya. Benda boleh kita buat, jadi tiada masalah,” jelasnya.

Dalam pada itu ketika disoal tentang perkembangan karier lakonannya, Saharul berkata, buat masa ini dia menolak untuk kembali ke set penggambaran kerana mahu memberi tumpuan kepada isterinya yang masih lagi berpantang.

“Sekarang saya sibuk jaga anak ketiga yang baru dilahirkan pada 21 Januari lalu. Isteri pun masih lagi berpantang. Jadi buat masa sekarang memang saya sekat dahulu jadual berlakon.

“Selain menjaga isteri dan anak, saya juga mahu memberi tumpuan untuk membangunkan perniagaan saya,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang baru-baru ini.

Sejak lebih setahun lalu, Saharul mula memperlahankan rentak karier lakonannya apabila aktif mengikuti aktiviti berdakwah.

Kata Saharul, dia menganggap dirinya masih dalam fasa memantapkan rohani untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI