fbpx

Trend lampu brek hitam bahayakan pengguna lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kenderaan dilihat membuat modifikasi sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

PETALING JAYA – Ramai pengguna dikesan membuat modifikasi pada kenderaan termasuk menukar warna lampu dengan menyembur cat hitam di bahagian belakang sehingga lampu brek tidak kelihatan.

Tular di Twitter baru-baru ini, beberapa gambar serta video kenderaan yang dirakam di jalan raya memaparkan pemiliknya melakukan modifikasi seperti itu sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Melalui ciapan seorang pengguna Twitter, dia memaklumkan rakannya hampir kemalangan disebabkan tindakan tidak masuk akal golongan penggemar ‘make-up’ kereta sehingga sanggup mengabaikan keselamatan pengguna lain.

“Ini satu lagi isu, kedai-kedai sekarang spray (cat) sampai gelap! Kawan saya nyaris nak ‘cium’ (berlanggar) sebab tak nampak lampu brek kereta depan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tolong kerjasama dan tegur kedai dan pemilik kereta ini sekali,” ciapnya.

Pengguna itu turut mendakwa pemilik kereta tersebut bertindak menyembur cat hitam pada keseluruhan keretanya sehingga tidak menampakkan lampu brek.

“Nak modify (ubah suai) kereta, jangan susahkan pengguna lain,” tegasnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna berkongsi pandangan bahawa penggunaan lampu ‘albino’ (lampu putih) juga mengundang bahaya terutama ketika berselisih dengan kenderaan lain.

“Lampu ‘albino’ pun kena tengok, lampu ‘albino’ tapi mentol tak tukar pun menyusahkan orang lain lebih-lebih lagi yang ada silau, memang kelabu asap terus waktu memandu,” katanya.

Rata-rata orang ramai meminta pihak berkuasa lebih tegas dan adakan kawalan sekerap mungkin untuk atasi masalah seperti ini selain dapat mengurangkan indeks kes kemalangan di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI