fbpx

Banjir: 264 keluarga masih berada di lapan PPS di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK ceria melakukan aktiviti ketika berada di PPS SK Sri Medan, Batu Pahat, Johor ekoran kediaman keluarga masih digenangi air banjir. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini hampir pulih apabila hanya terdapat seramai 925 mangsa masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, jumlah mangsa itu terdiri daripada 264 buah keluarga dan menunjukkan penurunan berbanding 977 mangsa yang direkodkan, pagi semalam.

“Jumlah mangsa banjir berkenaan hanya melibatkan dua daerah yang masih terjejas iaitu Batu Pahat, kekal daerah terjejas paling teruk apabila merekodkan 877 orang daripada 249 keluarga di enam PPS berbanding 873 mangsa daripada 249 keluarga yang ditempatkan di enam PPS pada waktu sama, semalam.

“Keduanya di Segamat, mangsa banjir kini berjumlah 48 orang daripada 15 keluarga di dua PPS berbanding 63 orang daripada 20 keluarga di tiga PPS pada waktu yang sama, semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa banjir katanya, masih tidak dapat pulang ke rumah masing-masing ekoran kediaman mereka masih digenangi air banjir ‘termenung’.

Tambah Azmi, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan di Mersing, Jalan Tanah Abang dan selekoh pertama Tanah Abang masih ditutup disebabkan laluan dinaiki air masih belum surut.

“Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai juga masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh manakala Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, Sungai Bekok di Batu Pahat kini mencecah 18.80 meter (m) iaitu melepasi paras bahaya 18.70m,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI