fbpx

Pelajar sengaja dijangkiti koronavirus untuk wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BOISE, Idaho – Universiti Brigham Young di Idaho, Amerika Syarikat menjalankan siasatan ke atas seorang pelajar yang didakwa sengaja membiarkan diri dijangkiti virus SARS-CoV-2 atau koronavirus untuk menjual plasma antibodi, baru-baru ini.

Pihak universiti itu dalam satu kenyataan mengutuk tindakan tidak bermoral individu itu dan mengumumkan akan menggantung mana-mana pelajar yang didapati terlibat dalam konspirasi ini, lapor stesen penyiaran CBS News.

Universiti itu turut menyiasat beberapa kes jangkitan Covid-19 di kampusnya dan menggesa agar pelajar tidak mengambil risiko membahayakan kesihatan dan masa depan demi wang.

“Jangkitan dan penyebaran virus korona bukan satu perkara ringan kerana ini melibatkan nyawa yang tidak dapat diganti.

“Jika ada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan, BYU-Idaho sedia membantu. Jadi, jangan melakukan sesuatu secara terburu-buru,” menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa Idaho sudah mengenal pasti beberapa pusat derma plasma antibodi di sekitar negeri itu, termasuk pusat paling dekat dengan pusat pengajian yang kini sedang disiasat.

Pusat derma plasma antibodi daripada bekas pesakit Covid-19 didakwa memberi bayaran sebanyak AS$100 (RM414) bagi setiap kunjungan ke pusat itu.

Bayaran dibuat sebagai tanda terima kasih kerana mereka atas sumbangan terhadap usaha atau inisiatif menyelamatkan nyawa orang ramai.

Mengikut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA), penggunaan plasma antibodi bekas pesakit Covid-19 dipercayai boleh membantu merawat virus itu.

Beberapa minggu lalu, Universiti Brigham Young mengesahkan terdapat sebanyak 119 kes positif Covid-19 baharu dalam kalangan pelajar termasuk 20 orang pekerja di situ. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI