fbpx

Pejabat dan kaunter KWSP di tiga negeri ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Operasi semua pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan akan ditutup sementara mulai esok.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan sementara itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan arahan kerja dari rumah yang akan dilaksanakan esok.

Menurutnya, penutupan sementara itu sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak dan semua Janji Temu Online (JTO) di semua pejabat serta kaunter KWSP di negeri berkenaan akan dibatalkan serta-merta.

“Bagi ahli yang membuat temu janji di semua pejabat di Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan yang dijadualkan dalam tempoh PKPB perlu membuat semula temu janji selepas tamat perintah kawalan berkenaan.

“Ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) yang beroperasi seperti biasa,”kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet, kaunter ejen bank berdaftar dan melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP.

“Ahli dan majikan disaran untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja.

“KWSP sedang mengambil pendekatan berjaga-jaga berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri terbabit dan di seluruh negara secara amnya,”ujarnya.

Justeru, untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi pusat pengurusan pelanggan KWSP melalui talian 03-89226000.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI