fbpx

Kos sebenar Stadium Shah Alam diketahui selepas 10 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBARAN grafik menunjukkan rupa dan keadaan stadium baharu di KSSA yang dijangka siap seawal tahun 2027.

SHAH ALAM – Kos sebenar pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) termasuk Stadium Shah Alam akan diperincikan setelah maklum balas daripada orang ramai selesai 10 Februari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, secara kasarnya kos stadium itu tidak akan lebih daripada RM700 juta hingga RM1 bilion.

“Tapi, jika kita lihat keseluruhan kemungkinan (kosnya akan) lebih.

“Ini sebab kita ada kawasan pelancongan, rekreasi dan hotel. Jika kita bandingkan satu stadium dengan stadium yang lain sudah pasti kosnya lebih,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kos lebih RM700 juta bagi pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu sebagai tidak logik dan beranggapan akan pembinaannya adalah berharga RM2bilion.

Jelas Amirudin, pada tahap ini segala cadangan reka bentuk susun aturnya, jenis rumput selain kawasan papan luncur dan aktiviti lasak sama ada kekal atau tidak sedang diperincikan.

Tambahnya, beliau akan mengumumkan pelan pembangunan stadium itu sebelum dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI