fbpx

Manchester United diingatkan tidak cepat puas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain United meraikan jaringan Fred (dua dari kanan) ketika United menewaskan Forest pada separuh akhir EFL di Stadium Old Trafford awal pagi semalam.

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menyeru agar barisan pemain tidak cepat berpuas hati selepas mara ke final Piala Liga Inggeris (EFL) apabila menewaskan Nottingham Forest dengan agregat 5-0 di Stadium Old Trafford awal pagi semalam.

Pada aksi separuh akhir kedua itu, The Red Devils meraih kemenangan 2-0 hasil jaringan Anthony Martial dan Fred, sekali gus meneruskan kemaraan mudah susulan menang ke atas Forest pada pusingan pertama 3-0 minggu lalu.

Kata Ten Hag, barisan pemain perlu memanfaatkan peluang bermain di Stadium Wembley dengan menjulang trofi utama buat kali terakhir sejak menjulang piala Liga Europa pada musim 2017.

“Pasukan sedang mengalami fasa kemarau trofi tanpa sebarang piala dalam tempoh yang lama. Kini, barisan pemain memiliki peluang untuk menebus kekecewaan tersebut dan saya harap mereka berikan yang terbaik di pentas final nanti.

“Apa yang pasti, saya juga mahu pasukan memberikan tumpuan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus memastikan objektif musim ini berjaya direalisasikan,” kata pengendali import kelahiran Belanda itu.

Sementara itu, Ten Hag turut memuji impak yang dipamerkan oleh pemain sayap sensasi, Jadon Sancho yang membuat penampilan kompetitif pertama bersama pasukan sejak Oktober lepas.

“Saya sangat gembira melihat Sancho kembali ceria di atas padang dan saya boleh memberi jaminan dia akan memberikan impak buat pasukan seperti yang ditampilkan sejak awal musim ini.

“Dia adalah pemain berkualiti dan kepulangannya hadir tepat pada masanya,” katanya.

United akan berdepan Newcastle United di pentas final pada 26 Februari depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI