fbpx

Isteri bakar rumah suami kahwin dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Karakacha turut membakar rumah mereka selepas menyerang suaminya. – Shutterstock

NAIROBI, KENYA – Seorang wanita di Kenya ditahan polis kerana menyerang suaminya dan membakar rumah mereka selepas mendapat tahu lelaki tersebut berkahwin dua, lapor laman berita Tuko News.

Florence Karakacha, 43, ditahan di balai polis daerah Kakamega selepas didakwa menyerang  Bramwel Lubanga dengan menggigit bibir mangsa sehingga hampir putus.

Mangsa dilaporkan hilang sebahagian daripada bibirnya akibat serangan tersebut selain rumah mereka turut terbakar.

Menurut laporan, Karakacha dikatakan cuba menutup kesalahannya dengan melaporkan kepada polis bahawa dia dipukul suaminya.

Namun, selepas bertindak balas terhadap aduan tersebut, polis mendapati Lubanga sebenarnya menjadi mangsa dalam kes keganasan rumah tangga itu.

Polis kemudian menahan ibu kepada lima anak itu dan dia kini sedang menanti perbicaraan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI