fbpx

Minji dimarah kerana terlalu cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINJI

NAMA penyanyi Minji menjadi topik perdebatan hangat dalam sebuah komuniti online selepas seorang petugas produksi program Inkigayo terbitan SBS benar-benar naik marah terhadapnya.

Kemarahan itu tercetus sebaik sahaja petugas yang juga pengarah produksi itu tercetus selepas ahli New Jeans itu dilihat menjadi hos jemputan program hiburan berkenaan.

Selepas diselidik, rupa-rupanya perasaan marah pengarah itu sebenarnya hanyalah gurauan terhadap Minji.

Dia berasa terlalu ‘marah’ kerana Minji terlalu cantik ketika mengacarakan Music Bank.

“Saya dengar awak terlalu cantik di KBS (Music Bank)! Kami (di Inkigayo) sangat terluka. Kami rasa jengkel. Kenapa anak kami berada di KBS?” guraunya.

Dua hari bergelar hos jemputan untuk Music Bank, Minji menuai pujian kerana skil pengacaraannya yang sangat bagus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI