fbpx

Mahkamah: Clare gagal batal tuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Clare Rewcastle-Brown.

KUALA LUMPUR – Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown gagal membatalkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu ditentukan selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi bertarikh 13 Disember 2022 yang dikemukakan kepada agensi tersebut.

Representasi untuk membatalkan pertuduhan itu dikemukakan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2022 yang menolak saman RM300 juta dikemukakan oleh Sultanah Terengganu terhadap Clare.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr. John Lee Kien How @ Mohd. Johan Lee ketika itu memutuskan Clare dan dua lagi tidak memfitnah Sultanah Nur Zahirah dalam buku ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Selain Clare, turut dinamakan sebagai defendan ialah penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn. Bhd.

Ketika pengurusan kes hari ini, peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Clare memberitahu wakil media, pihaknya menerima surat melalui emel pada 25 Januari lalu yang memaklumkan bahawa representasi itu ditolak.

“Pihak kami akan mengemukakan representasi baharu kepada AGC dalam tempoh terdekat,” kata Ngek Seong ketika ditemui selepas prosiding di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas.

Peguam itu berkata, mahkamah menetapkan 10 Mac ini untuk pengurusan kes selanjutnya di hadapan hakim baharu K. Muniandy yang menggantikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang baru dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Pada 23 September 2021, Clare yang berasal dari United Kingdom itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu secara in-absentia (tanpa kehadiran tertuduh) atas pertuduhan itu.

Clare didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI