fbpx

Polis siasat kenyataan wanita berbaur perkauman di konsert AR Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kenyataan berbaur perkauman yang dimuat naik pengguna Instagram @fatinamyralee, baru- baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis menyiasat tindakan seorang wanita memuat naik video beserta kapsyen berbaur perkauman di media sosialnya ketika Konsert AR Rahman berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung video yang dimuat naik oleh pengguna @fatinamyralee itu sekitar pukul 5.15 petang, semalam.

“Ekoran laporan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Turut sama, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zam Halim, sehingga kini percakapan saksi telah dirakam dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian tersebut.

Justeru itu, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI