fbpx

Prasarana akan terus beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERHIDMATAN Prasarana akan terus beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam. GAMBAR HIASAN.

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan perkhidmatan rel dan bas kendaliannya akan terus beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Prasarana, operasi itu meliputi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel serta Bas Rapid KL dan bas perantara Jom Naik MRT.

“Pihak kami akan memantau dengan rapi keadaan aliran penumpang esok dan mengimbangi kapasiti dan permintaan semasa dalam menentukan kekerapan tren dan bas untuk esok dan hari-hari berikutnya.

“Prasarana akan mengeluarkan kenyataan akhbar suslan Jumaat ini bagi memaklumkan maklumat terkini berdasarkan aliran penumpang pada hari esok,” kataya dalam kenyataan tersebut di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, pelaksanaan tersebut selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI