fbpx

Lelaki menyamar polis dicekup kes samun, cabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PENDANG – Seorang pemuda berusia 30 tahun bertindak melampau apabila tidak hanya menyamar sebagai pegawai polis untuk menyamun seorang lelaki, malah turut mencabul isteri mangsa di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, menerusi laporan dibuat, mangsa mendakwa suspek mendekatinya ketika dia membantu membaiki kereta seorang rakan yang rosak di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Katanya, mangsa mendakwa suspek yang menunggang motosikal memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dan meminta MyKad untuk diperiksa.

“Namun selepas kononnya membuat ‘semakan’, suspek secara tiba-tiba merampas telefon bimbit mangsa. Sebelum beredar, dia sempat berpesan kepada mangsa agar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang sekiranya mahu menuntut semula telefon bimbitnya itu,” katanya di sini hari ini

Mengulas lanjut katanya, suspek kemudiannya bertindak menghubungi isteri mangsa dan memperdayakannya dengan mendakwa suami wanita itu ditahan polis.

“Suspek mendakwa dia boleh melepaskan mangsa tetapi mahu berbincang terlebih dahulu sebelum mengajak terbabit berbincang di sebuah kawasan perumahan. Sebaik wanita itu tiba ke lokasi ditetapkan, suspek terus masuk ke dalam kereta wanita tersebut dan memujuknya untuk melakukan hubungan seks,” katanya.

Tambahnya, wanita terbabit menolak permintaan suspek menyebabkannya berang lalu mencabulnya.

“Polis telah menahan suspek di depan sebuah premis di Taman Sri Pendang kira-kira pukul 3.30 petang hari sama dan direman selama tujuh hari bermula kelmarin untuk disiasat mengikut Seksyen 354, 170 dan 392 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI