fbpx

Mayat lelaki jatuh Jambatan Lanang ditemukan di Sungai Bidut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat mangsa ke Dermaga Arang untuk pengecaman ahli keluarga sebelum diserahkan kepada polis.

SIBU – Mayat seorang lelaki yang terjatuh dari Jambatan Lanang di sini pada Isnin lalu ditemui di Sungai Bidut, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Amerzaman Alam, 25, dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 12.15 tengah hari iaitu kira-kira 10 kilometer dari Jambatan Lanang.

“Sejurus menerima maklumat tersebut, anggota mencari dan menyelamat (SAR) bergegas ke lokasi menggunakan bot penyelamat.

“Anggota kemudian membawa mayat ke Dermaga Arang dan mangsa juga telah disahkan oleh keluarganya. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI