fbpx

Watie penyayang macam Siti Sarah – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB hanya akan mengumumkan perkahwinannya dengan Watie jika tarikh sudah ditetapkan kelak.

KUALA LUMPUR – Tiada lagi rahsia, pelawak Shuib yang semakin terbuka mempunyai hubungan rapat dengan usahawan, Watie Hanifiah, mendedahkan sikap penyayang wanita itu seakan-akan Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

Katanya, dia selesa dengan kehadiran Watie yang sanggup menerima segala kekurangan dirinya seperti mana arwah isterinya dahulu.

“Dia seorang insan yang boleh boleh diharap, penyayang, penyabar serta wanita yang dapat menerima saya seadanya.

“Ciri-ciri Watie itu juga hakikatnya sama dengan Sarah. Malah saya dulu selalu katakan bahawa saya orang yang banyak kekurangan.

“Tetapi, macam Sarah, Watie turut menerima saya seadanya sehingga buat saya terfikir insan baik ini datang dari mana,” katanya ketika ditemui pada majlis Kamya Fest 2023, semalam.

Tidak melihat status duda kepada empat anak sebagai kekurangan, Shuib mengakui kemuliaan hati Watie jelas ditonjolkan apabila sanggup membuka hati menerimanya.

“Dia pun pernah bercakap kita hidup dalam realiti yang maksudnya memang orang akan sayang lagi kepada isteri walaupun sudah kehilangan.

“Dia faham selain tidak akan menghalang jika saya ingin bercerita atau berkongsi lagi mengenai Sarah, cuma dia tidak sukakan dibanding-bandingkan.

“Bagi saya, sudah semestinya semua orang tidak suka dibandingkan tetapi kalau mengenai persamaan, Watie sedia mahu mengetahui lebih lanjut,” jelasnya.

SHUIB berkata, anak-anaknya sangat akrab dan okey dengan kehadiran Watie.

Berkongsi lagi mengenai perkara itu, Shuib memaklumkan bahawa Watie bersedia mengetahui persamaan sikapnya dengan Sarah untuk membuatkan penyampai radio Suria FM itu gembira.

“Dia nak tahu apa yang Sarah buat benda saya rasa seronok untuk ikut bagi saya gembira,” katanya lagi.

Ditebak mengenai penerimaan anak-anak terhadap kehadiran Watie, Shuib gembira dapat melihat keakraban mereka.

“Anak-anak selalu berjumpa memanggil dengan gelaran ‘aunty’ dan mereka sangat okey dengan kehadiran Watie.

“Talita sampai pernah cakap suka peluk aunty walaupun saya tidak minta untuk dia bercakap begitu.

“Dia juga pernah mempersoal kenapa ramai orang tidak suka Watie sedangkan dia sudah bertudung,” tuturnya.

Sementara itu, Shuib sedikit terasa dengan komen-komen netizen yang sering mengawal dengan siapa dia patut bersama.

Baginya, dia, anak-anak dan ibunya lebih mengenali sosok Watie dengan lebih rapat berbanding orang di luar sana.

“Bila seseorang itu ikhlas dengan kita, keikhlasan tersebut akan muncul dengan sendiri. Saya percaya dalam kehidupan, memang kita kena terima ada orang suka dan tidak kepada kita.

“Dalam perkara ini saya mohon doa baik daripada semua dan jangan bersangka buruk terhadap orang,” jelasnya.

Terdahulu, Shuib akui sedang berkawan rapat dengan seorang usahawan bernama Watie dan sering dilihat keluar bersama.

Shuib juga menepis dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Mac ini dan akan mengumumkan tarikh pernikahan kelak jika sudah ditetapkan.

Sebelum ini, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Sarah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI