fbpx

Kawalan keselamatan sempena Thaipusam di P. Pinang terjamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shuhaily ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang memberi jaminan kawalan keselamatan pada tahap tertinggi sepanjang sambutan perayaan Thaipusam yang akan berlangsung di kuil Jalan Air Terjun, di sini pada 4 hingga 6 Februari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihak polis telah menggerakkan seramai 1,250 pegawai dan anggota bagi memastikan keselamatan kira-kira 1.5 juta pengunjung yang dijangka hadir sempena upacara keagamaan itu.

“Pihak polis mempunyai keanggotaan yang mencukupi sepanjang upacara Thaipusam berlangsung. Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang upacara Thaipusam berlangsung,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shuhaily, pihak polis akan menjalankan operasi bersama agensi berkaitan bagi memantau sekiranya terdapat penjualan alkohol yang dilarang dijual di pasaran.

“Polis akan membuat rondaan dari gerai ke gerai di sepanjang jalan menuju ke kuil bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan menjual minuman keras atau melakukan aktiviti tidak sihat.

“Kami juga telah menemui pengurusan kuil dan mereka menyokong bahawa mabuk disebabkan alkohol ditegah oleh agama Hindu, dan kita tidak akan beri peluang majlis suci seperti Thaipusam dicemari insiden-insiden yang berpunca daripada individu mabuk,” ujarnya.

Beritahu beliau lagi, polis akan menguatkuasakan Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil terhadap mana-mana individu yang menggunakan minuman keras sehingga mabuk dan mencetuskan kekacauan.

Dalam pada itu, katanya, beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar akan ditutup bermula 4 hingga 6 Februari (bergantung kepada pergerakan pedati) bagi memberi laluan kepada pergerakan pedati.

Tambah beliau, penggunaan dron semasa perayaan Thaipusam turut tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa penerbangan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI