fbpx

Tiada pertuduhan ke atas Mohd. Khairuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUZIR

KUALA LUMPUR – Pejabat Peguam Negara memutuskan tiada sebarang pertuduhan dikenakan keatas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang dilaporkan ingkar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Pejabat Peguam Negara.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan arahan untuk kes ini adalah NFA. NFA berdasarkan keterangan YB Menteri tidak diserahkan Borang 14B (oleh Kementerian Kesihatan) dibawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Berdasarkan keterangan tersebut, maka Pejabat Peguam Negara memutuskan tidak dikemukakan sebarang pertuduhan terhadap YB Menteri memandangkan tiada keterangan yang kukuh bagi mengasaskan satu pertuduhan dibawah Akta 342 atau undang-undang dibawahnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Pada 24 Ogos lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, kerajaan memandang serius kes dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh Mohd. Khairuddin dan berpendirian setiap rakyat Malaysia tertakluk di bawah undang-undang.

Pemimpin Pas itu bagaimanapun sudah dikenakan kompaun RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib dan membayarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI