fbpx

SPRM sahkan beku akaun Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPRM - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membeku akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah laku dilakukan pemimpin parti itu.

Pengesahan itu dibuat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mana beliau menegaskan pembekuan akaun parti politik tersebut akan dijalankan sehingga siasatan selesai.

Difahamkan, akaun parti berkenaan dibekukan pihak berkuasa sejak dua minggu lalu bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Pada masa sama, ia juga didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan berjumlah RM92.5 billion yang didakwa diseleweng kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik Covid-19.

Disember lalu, SPRM mengesahkan menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi dibelanjakan kerajaan terdahulu pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan Covid-19 daripada Kementerian Kewangan

SPRM berkata, fokus siasatan terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion.

Sebelum ini, seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta ditahan reman selama lima hari oleh SPRM kerana disyaki menjadi ‘orang tengah’ dalam pengagihan projek kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan dalam siasatan kes berkenaan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber berkata, lelaki itu bertanggungjawab untuk menjadi penghubung kepada kontraktor-kontraktor tertentu dengan pihak atasan yang bertanggungjawab.

Sekiranya mendapat projek, kontraktor itu pula perlu membayar komisyen sehingga tiga ke lima peratus dan dipercayai dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI